Wednesday, February 10, 2010

GUNUNG KINABALU: Puncakmu ku tawan akhirnya: 2-9 FEB 2008

Salam...
Aku rasa inilah trip terbaik yang pernah aku join...
Sapa ada cita2 nak daki Gunung Kinabalu??? teruskanlah cita2 tu kerana memang berbaloi kalau dah sampai di puncak...Jom kita tengok apa cerita di sebalik trip ni..
Antara crew yang join..gambar ihsan dari che yam.
Crew yang join datang dari merata tempat, Kuching ,KL, Keluang, Ipoh dan KK sendiri..meriah la...

Ni masa kat airport Kuching..sebahagian dari crew..

Malam tu agak lewat sampai di airport KK, lapar, penat menunggu crew yang lain sampai..so malam tu singgah makan kat Tanjung Aru dulu..Malam ni menginap kat Kompleks Tabung Haji KK

Ni gambar kat Kompleks Tabung Haji KK..semua muka excited gilak muka yg kecut pun ada gak..hahahaha

Pagi tu dari KK, kami naik van untuk ke Kundasang di mana terletaknya Kinabalu National Park. Perjalanan amat menarik, cantik, lama gak dalam 2-3 jam kalu tak silap.

Gambar diatas ialah gambar masa on d way..
 
Crew membuat keputusan untuk singgat sat kat Pekan Nabalu..dah tak jauh dari kaki gunung kinabalu..so sapa yang nak shopping souvenir ..silakan..

Ini lah pintu masuk ke Kinabalu National Park..kat sini pun dah sejuk..

Masa ni apa lagi...amik gambar la sekitar taman negara ni..
TAKE NOTHING BUT PHOTOGRAPHS
LEAVE NOTHING BUT FOOTPRINTS

Sampai kat taman negara ni pun dah hampir petang..so lepak jap sambil mendaftar untuk penginapan..malam ni kena rehat awal..esok pagi dah nak mula mendaki..

Sayup bila tengok Gunung Kinabalu dari Taman Negara tempat menginap kami..bolehka aku sampai kat puncak ni..????

Aiseyman...ingat boleh rehat awal malam ni...rupanya ada taklimat untuk para pendaki yang nak mendaki esok..nasib dia buat awal..so dapatla  rileks. Taklimat disampaikan oleh Guide Taman Negara.

Bangun pagi..gosok gigi..Alamak..ari ni dah nak panjat gunung kinabalu la...bestnyer tdo kat sini..sejuk gler..susah nak mangkit tidoq...isk..
Chaiyo3...u can do it...
All our crew di minta berkumpul hadapan opis Taman Negara Kinabalu sebelum di bawa mendaki. Di sini kami diberi pas mendaki, timbang beg kalau nak suruh porter bawak ...sekilo RM 8 kalu tak silap, pastu depa bagi guide..sorang guide untuk 8 orang pendaki..

Dari tempat berkumpul me & my crew naik bas untuk ke Timpohon Gate, antara satu tempat mula mendaki selain Mesilau Gate..
Pendakian pun bermula...
Kalau anda perasan, hampir semua pendaki bawak tongkat..tak kira la yang mahal ke tongkat kayu ke..ni bukan apa..tongkat ini banyak membantu ketika pendakian namun ianya lebih membantu semasa nak turun nanti..percayalah..Kalau lupa nak bawa tongkat..boleh beli kat sini tongkat kayu sebelum mendaki harga kalau tak silap RM 2 jer..
Pendakian pada mulanya dah mencabar gak...walaupun sejuk peluh tetap nak keluar..dalam perjalanan kita akan jumpa pondok yang disediakan oleh pihak Taman Negara berserta bilik air dan air gunung untuk minuman...walaupun bawa bekalan air aku cuba gak minum air tu..
Masa pendakian ini banyak disediakan papan tanda disepanjang trek..so tak lah risau sangat kalu tersesat..
Nak bagi nasihat sikit..kalau ada plan nak buat trip mcm ni..better buat sikit preparation sebelum mendaki..sebulan sebelum tu pi la jogging ka, pratik kardiovaskular exercise..at least tak lah semput bila panjat nanti...Masa dalam perjalanan tu lutut aku cramp..mungkin cuaca terlalu sejuk..tapi aku ada bawa peralatan first aid kit..termasukla ubat-ubatan yang perlu, pil sakit perut, bandage, cream panas dsbnya. Tu lah pasal beg aku berat hampir 8kg..tapi aku bawa sendiri tau..hahaha

No comments: